setiap hari aku membilang jari yang sudah pasti bilangannya sejak mula pandai mengira, namun masih lagi mengira dengan cara yang lama walaupun calculator saintifik dah mula di upgrade dgn pelbagai fungsi.
duhai hati, bersabarlah dengan segala dugaan dan ujiannya, pasti sesuatu yg terbaik menantimu suatu hari nnt. segala tindak tanduk mu sering diperhati, ingat lah, setiap saat ALLAH tidak akn pernah terlepas pandang akan dirimu, dan begitulah aturannya bagi setiap hambanya. jangan sesekali mengeluh duhai hati kecil.
seperti ciptaannya yg lain, kau juga diberi sekeping hati dan diselitkan pelbagai perasaan didalamnya.
Subhanallah ciptaan-Nya. bersyukurlah dengan apa yg telah diberikan kepadamu.
sahabat karibku, bersabarlah, setiap dugaan pasti ada hikmahnya, walau ia sgt berat bagimu, syukurlah, tiada apa persengketaan antara kita, persahabatan yg kekal abadi. semoga ianya membawa sampai ke syurga. maaf andai diri ini tidak sempurna dan sering membuat kau kecewa dengan tindakan ku. tp sahabat, percayalah sebalik semua ini, terlindung beribu sebab dan alasan yang tak terungkap. harapnya, tiadalah tanggapan negative terhadap diri ini. maaf kn aku, insan biasa yang sering membuat kesilapan.
nota diri sendiri : belajar untuk menjaga hati sendiri dan orang sekeliling, untuk pastikan tiada satu pon yang terluka itu sgt mustahil, namun keutamaan harus diberikan pada kedua ibu bapa dan keluarga. maaf, akan ku usahakan sebaik mungkin !
ayah dan ibu,
maafkn ankmu, diri ini sedang mencuba untuk penuhi kehendakmu .
walau sgt berat buatku, tp demi ayh dan ibu, aku usahakn.
maaf org kelilingku andai aku harus melukaimu dan telah melukaimu.
withlove:
-ainsaad-

1 comment:
bersabarlah.. tidaklah diberikan ujian melainkan yg termampu oleh hambaNya.. makin berat ujian, maka makin hebatlah org yg menanggungnya.. <3
Post a Comment