kebelakangan ni, aku sering dihimpit rasa sedih. sampai ada orang yg perasan akan perubahan ini. aku cuba untuk lemparkan senyuman buat semua, namun masih ada yang mampu melihat disebalik senyuman ini, alhamdulillah, masih ada org yang mengambil berat tentang diri ini,
semakin dewasa diri ini, semakin aku rasa segala gerak geri aku disekat, pergaulan ku tidak lagi seperti dulu, tiada jalan penghubung buat diri ini. kadang-kadang terselit rasa kecewa dan sering kali bertanya. kenapa aku? kenapa baru sekarang? kenapa mesti begini? ya ALLAH aku tempuhi ujianmu dengan penuh tabah, air mata peneman hari-hari ku.
tiada kata lain yang mampu aku ucapakn. ALHAMDULILLAH, aku bersyukur ya ALLAH.
nota untuk ain : pelbagai ujian yang harus dilalui dalam kehidupan ini. tempuhi dengan tabah, begitulah dikatakan kehidupan. segala pahit manis itu rencahnya, dan hasilnya dikemudian hari. kadangkala, ALLAH tidak berikan apa yang kita mahu, tapi ALLAH berikan apa yang kita perlu. teruskan berusaha untuk menjadi yang solehah !
No comments:
Post a Comment