dia hadir tanpa aku jemput,
tapi kehadirannya memang tepat pada waktunya.
dia datang semasa aku memerlukan,
dia datang semasa aku keseorangan,
dia datang mengisi segala kekosongan,
dia datang membawa kegembiraan,
aku bukan mudah untuk menerima,
tapi entah kenapa, telatahnya buat aku terhibur,
walau kegembiraan yang hanya pada awalnya, tapi aku bersyukur,
kerana kegembiraan itu buat aku setabah ini.
semangatnya sentiasa bersama,
terima kasih, semoga semuanya berjalan seperti apa yang dirancang. aku tak minta lebih, cukup sekadar kasih sayang yang berpanjangan,kejujuran yang mendalam dan kesetiaan yang berkekalan. amin
I'm Glad You Came
No comments:
Post a Comment