sisters

aku tidak ada adik perempuan kandung mahupun kakak kandung.
aku lahir sebagai ank tunggal dato' Saad dan datin Aini merangkap ank terakhir generasi dato' Saad.
tapi, aku punya saudara kembar yang aku anggap macam adik sendiri. bukan saudara tiri ! dan bukan saudara angkat,
 persaudaraan yang terjalin sejak dari tingkatan satu. persahabatan yang akrab sejak usia 13 tahun. bermula sebagai kenalan biasa, menjadi teman sekelas, berubah kepada rakan bergossip. kemudian silaturahim berterusan sebagai kawan baik dan terus menjadi sahabat baik. Alhamdulillah kini kami merupakan saudara seIslam yang sangat rapat. SANGAT !.

sahabat,
tiada seorang pun mampu menandingi persahabatan kita ini, malah diantara kita pun tiada yang dapat mengganti tempat masing-masing. banyak perbezaan antara kita. kita bertiga punya citarasa berbeza, perwatakan yang totally different,pandangan berlainan dan cara hidup yang tidak sama. namun kita satu hati! satu jiwa dan perbezaan inilah yang mendekatkan kita untuk saling melengkapi. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti kalian.

sahabat yang ku anggap seperti adik,
aku tidak punyai gaya dan tatacara yang menyenangkan. tapi inilah aku yang sebenar, yang kalian kenal sejak dahulu. aku mmg hebat berlakon depan yang lain. tapi bukan di hadapan adik2 ku ini. haha, mungkin aku agak menjengkelkan dan seperti ank kecil. tapi aku cuma perlukan kasih sayang kalian. aku tak minta lebih, cukup sekadar kasih sayang berpanjangan dan persahabatan yang membawa ke syurga. insyALLAH.

sahabat,
terima kasih atas persahabatan ini. aku amat menyayangi kalian. tiada kata yang dpt diucap, tiada harta yang dapat membalas segala pengorbanan dan jasa baik kalian. hanya doa yang mampu aku titipkan dan hanya terima kasih yang dapat aku katakan. i love you.

sedih pulak, nnt aku cerita kn kenangan manis. aku rasa macam nk tulis semua. tapi aku tak mmpu. kah3. dan aku sedih sebab fon tak dapat transfer gambar. isk2.

No comments: